Sesi Perjumpaan KSU Bersama Pegawai Gred 48 dan 52 PETRA, 5 November 2024
Program 5 November 2024 Menara PETRA
Satu sesi Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli bersama-sama pegawai gred 48 dan 52 PETRA telah diadakan hari ini di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Dalam perjumpaan tersebut beliau telah menyampaikan amanat kepada para pegawai yang hadir untuk sentiasa berkebolehan meneraju inisiatif baharu dalam memberikan pendapat selain menerapkan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. ketika menjalankan tugas.
Pada masa yang sama YBhg Dato’ KSU turut menyampaikan pesanan agar pegawai patuh kepada peraturan dan pekeliling dalam melaksanakan tugas harian sebagai penjawat awam.