Forum Transformasi Air 2040, MITEC, Kuala Lumpur
Program 29 Oktober 2024 MITEC, Kuala Lumpur
YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air) PETRA hadir ke Forum Transformasi Air 2040 pagi tadi di MITEC Kuala Lumpur. Turut hadir sama ialah YM Academician Datuk Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc, Presiden Akademi Sains merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Perdana Menteri dan Negara.
Ahli panel forum terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Ahli Jawatankuasa Air Akademi Sains Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai & Pantai Lembaga Urus Air Selangor dan Penasihat Kanan Salcon Berhad.