YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah merasmikan Kongres Perancangan Kebangsaan 2024 di Putrajaya hari ini.
Semasa ucapan tersebut antara lainnya beliau turut menekankan bahawa bandar kini bukan sekadar pusat ekonomi, tetapi perlu inovatif dan bersedia menangani perubahan iklim, pertumbuhan penduduk, teknologi, dan ekuiti sosial. PETRA telah mengenal pasti 5,648 hotspot banjir di seluruh negara dan PETRA juga komited mencapai sasaran karbon sifar menjelang 2050. Inisiatif utama seperti Solar@PETRA di bawah NETR bertujuan memperluaskan pemasangan solar PV untuk tenaga mampan. Program lain termasuk Program Denai Sungai Kebangsaan, Program Non-Revenue Water (NRW), Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan Penghasilan Air Pulih Guna untuk kemampanan sektor air. PETRA bersama perancang bandar berganding bahu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.