Khidmat Pengurusan

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan pentadbiran am pejabat dan khidmat sokongan berjalan dengan cekap dan teratur dari segi perkhidmatan dan keselamatan semua Bahagian dan Unit.
  • Memastikan kemudahan logistik sentiasa di tahap cemerlang dan selamat digunakan.
  • Mengawasi urusan inventori, stok dan pelupusan semua jenis harta modal selaras dengan peruntukan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Menyelaras dan melaksanakan acara rasmi Kementerian secara urus stia bersama Bahagian dan Jabatan yang terlibat dari segi penyelarasan program, khidmat sokongan dan logistik.

 

FUNGSI

  • Menyediakan khidmat sokongan dari segi pentadbiran am dan pengurusan kenderaan Kementerian.
  • Menyelaras serta mengurus aset dan stor utama Kementerian. 
  • Melaksanakan program kualiti dan inovasi bagi memastikan perkhidmatan dan persekitaran berkualiti.
  • Mengurus perolehan koleksi Perpustakaan Kementerian.
  • Mengurus dan memantau hal ehwal keselamatan fizikal, infrastruktur, penyelenggaraan, utiliti dan fasiliti Kementerian.
  • Menguruskan rekod/ dokumen rasmi Kementerian dengan cekap dan efisien.
  • Pengurusetiaan acara/ majlis rasmi Kementerian.  
ATAS