Pengurusan Sumber Manusia
OBJEKTIF
- Memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi mempunyai struktur organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam mencapai objektif yang ditetapkan.
- Memastikan semua urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui program latihan berkualiti.
- Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.
- Mewujudkan hubungan pihak pengurusan dan pekerja yang harmoni yang menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.
FUNGSI
- Merancang keperluan pembangunan sumber manusia serta merangka pembangunan organisasi selaras dasar JPA.
- Menyediakan Pelan Operasi Latihan (POL) dan mengedalikan program latihan dalaman serta menyelaras penyertaan biasiswa agensi luar.
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan menyelaras aktiviti pelaksaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
- Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Majlis Bersama Jabatan di peringkat Kementerian.
- Menguruskan perkara berkaitan pengurusan prestasi bagi pegawai Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
- Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian/Jabatan.