Pengurusan Maklumat

OBJEKTIF

  • Menyediakan infrastruktur, infrostruktur dan perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif Kementerian.
  • Memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin.
  • Menjadi printis dan model utama dalam penggunaan ICT serta menerapkannya dalam budaya kerja Kementerian.
  • Membentuk personel IT yang mahir dan kompeten.

 

FUNGSI

  • Membangun, menyelenggara dan memperkukuhkan keupayaan rangkaian kawasan setempat, rangkaian kawasan luas dan Pusat Data Kementerian dan Jabatan/ Agensi.
  • Mengawal selia keselamatan ICT selaras dengan garis panduan keselamatan ICT yang berkuatkuasa.
  • Mengurus dan mentadbir data dan analitik data raya Kementerian.
  • Menyediakan kemudahan sokongan teknikal nasihat berhubung pelaksanaan ICT di Kementerian dan Jabatan/ Agensi.
  • Memperkukuhkan polisi ICT dan tadbir urus pendigitalan ke arah keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan kapasiti ICT.
  • Merancang dan melaksanakan proses perolehan ICT, penyelenggaraan dan pelupusan peralatan ICT.
  • Meningkatkan keupayaan pengurusan dan operasi Kementerian melalui penggunaan ICT.
  • Membangun, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian.
  • Merancang, membangun, memperluas dan menyelenggara sistem aplikasi/ portal bagi menyokong fungsi dan operasi Kementerian.
  • Mengurus, menyokong dan memantau pelaksanaan inisiatif agensi pusat di Kementerian, Jabatan dan Agensi.
ATAS