Bahagian Perancangan Strategik & Hubungan Antarabangsa

OBJEKTIF

  • Merancang, menyelaras, membangun dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian.
  • Memastikan semua pendirian negara di bawah tanggungjawab Kementerian dipelihara dan dipertahankan di peringkat antarabangsa.
  • Memudahcara penyediaan jawapan pertanyaan Parlimen, Kertas Jemaah Menteri dan Mesyuarat Utama Kementerian selari dengan kehendak dan kualiti yang ditetapkan oleh pemegang taruh.

 

FUNGSI

  • Merancang, merangka dan mengurus pembangunan Pelan Strategik Organisasi, Pelan Risiko dan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Kementerian.
  • Menyediakan input berkaitan kerjasama strategik dengan agensi luar/ pihak berkepentingan melibatkan Kementerian/ Jabatan.
  • Menyediakan, input dan ikhtisar kepada Kementerian lain mengenai hal-hal antarabangsa dan dalam negara yang berkaitan dengan Kementerian. 
  • Menyertai rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Perdagangan Serantau (RTA) melibatkan Kementerian.
  • Merancang, merangka dan mengurus pembangunan dan penetapan KPI Menteri, PPTPA bagi Tier 1, Tier 2 dan seterusnya.
  • Menyelaras hal-ehwal Parlimen dan jawapan pertanyaan Parlimen bagi Kemnterian.
  • Menyelaras Mesyuarat-mesyuarat Pasca Kabinet/ Pengurusan Tertinggi/ Ketua-Ketua Jabatan & Pengurusan Kementerian.
  • Menyelaras hal-ehwal inisiatif pemerkasaan agenda Bumiputera.
ATAS