Unit Audit Dalam

OBJEKTIF

  • Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman dan operasi organisasi ke atas hasil, perbelanjaan dan aset Kerajaan.
  • Menilai sejauh mana program dan aktiviti organisasi diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.
  • Membantu pihak pengurusan kewangan dijalankan selaras dengan polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  • Menentukan operasi kewangan Kementerian dan Jabatan/ Agensi diuruskan dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dipatuhi.

 

FUNGSI

  • Mengurus dan memantau hal ehwal keselamatan fizikal, infrastruktur, penyelenggaraan, utiliti dan fasiliti Kementerian.
  • Memberi maklumat kepada MOF bagi membantu, mengulang kaji dan menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop UAD.
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA). 
  • Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod yang diselenggara termasuk sistem teknologi maklumat.
  • Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik terhadap operasi Kementerian dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi Kementerian dan Jabatan/ Agensi di bawah kawalannya.
  • Melapor kepada Pengurusan Tertinggi hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.  
ATAS