Unit Komunikasi Korporat

OBJEKTIF

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Kementerian dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan Kementerian yang berkesan.
  • Menyediakan bahan maklumat dan rujukan kepada pihak awam dan media bagi setiap dasar, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian.
  • Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan orang awam dan pelanggan Kementerian diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki.
  • Meningkatkan keberkesanan kempen melalui penyediaan khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian.

 

FUNGSI

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk Kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat bagi penyediaan Pelan Komunikasi.
  • Mengurus liputan foto dan video bagi acara-acara rasmi Kementerian. 
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk agensi-agensi kerajaan.
  • Mengurus dan menyelaras komunikasi strategi menerusi platform komunikasi.  
  • Mereka bentuk dan menerbitkan bahan multimedia kempen, program, pameran, penerbitan dan kegunaan laman web.
  • Mewujudkan kerjasama baik dengan media tempatan dan media antarabangsa.
  • Merancang dan mengurus penerbitan Kementerian dan proses sidang editorial penerbitan serta input temu bual/ perutusan/ artikel.
ATAS